Dr CT adalah seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan sejak 2007, coach dan penceramah, penulis Buku Research Methodological Cage:Understanding the Qualitative Viewpoint, Qualitative Research & Nvivo 10 Exploration, Qualitative Research, Interview Analysis & Nvivo 11 Exploration, Kajian Kualitatif dan Analisis Temu Bual, Mudahnya Kajian Literatur: Formula Berkesan Mengenalpasti GAP dan keluaran 2020, Buku Qualitative Research,Interview Analysis & Nvivo 12 Application.

 

Beliau merupakan Penasihat kepada syarikat Reezqi Training And Coaching (Reezqi Academy) dimana syarikat ini yang menjalankan penjualan produk buku & dvd secara dalam talian dan menguruskan semua klinik (bengkel) Dr CT. Beliau adalah pakar dalam kajian kualitatif, bidang penyelidikan yang diminati adalah pengurusan fasiliti, pengurusan hartanah dan  perusahaan sosial.

 

Dr CT juga telah membimbing ribuan student Postgraduate dari negara Malaysia, Indonesia, Australia, United Kingdom dan Brunei. Beliau menjadi rujukan kepada student Postgraduate yang berminat untuk menyambung PhD, yang masih blur dalam mencari GAP, yang lambat menyiapkan analisis data kajian. Melalui skill, ilmu & pengalaman beliau, ramai student Postgraduate telah berjaya melepasi Proposal Defend, menyiapkan tesis dan menghadapi Viva melalui formula yang mudah & senang dilakukan.

 

Beliau pernah diundang untuk memberikan ceramah & perkongsian di beberapa badan kerajaan, pusat penyelidikan  & Universiti seperti Create JKR, Melaka, Dewan Bahasa & Pustaka,KL , Malaysian Qualification Agency (MQA), Persatuan Kakitangan PTD, Jom Hebat Pasca MPWS, UTHM,USM,UTM,UITM,UPM,UM dan banyak lagi. Selain itu beliau juga pernah ditemuramah beberapa media seperti  Sinar Harian dan Tv1.

 

Beliau juga banyak membantu student Postgraduate melalui siri latihan online di Facebook, offline training & personal coaching . Beliau sangat percaya, hidup manusia boleh berubah jika ada ILMU, Kesungguhan & sifat berserah kepada Allah SWT adalah kunci utama. Tugas kita sebagai manusia hanya BUAT JER & konsisten dalam mencapai kejayaan.

testtt.png